Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 9, 2010

BN 1 : Tahajjud Cinta

            Novel yang mengisahkan seorang pemuda yang terpaksa menangguhkan pengajiannya di universiti dek kerana kemiskinan yang di alami.Watak yang di beri nama Fatih itu juga terpaksa bekerja bagi menyara 2 orang lagi adiknya yang sedang belajar di pesantren.

Fatih,seorang pemuda yang taat kepada suruhan ALLAH SWT tidak pernah meninggalkan solat malam iaitu solat tahajud sesuai dengan namanya yang mengingatkan kita kepada ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh,pembuka kota Konstantinople yang kemudian di beri nama Islambul tetapi lebih popular dengan nama barunya iaitu Istanbul.Sultan Muhammad Al-fateh seorang raja yang juga seorang ketua turus angkatan perang tetapi itu semua tidak menghalang beliau untuk mengerjakan solat tahajud setiap malam semenjak akil balighnya.

Fatih,pemuda yang sering kali menjaga pandangannya daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya hasil dari istiqamahnya menjaga solat tahajud.Itulah pentingnya solat malam,selain dapat berdua-duaan dengan Rabb tetapi pada waktu yang sama mendidik hati agar takut kepada ALLAH SWT.

Sebagai pemuda yang baik,soleh dan suka menolong orang lain walaupun nyawa menjadi taruhan,Fatih di datangi oleh cinta 3 wanita.Cik Lychen Chee,anak gadis berketurunan Cina yang mana ayahnya Kristian dan ibunya Islam. Nur Arafah,gadis muda yang memiliki sebuah restoran kedai makan.Cik Nisa,gadis yang sama-sama ke majlis pengajian eksekutif bersama Fatih.

Antara 3 orang gadis ini yang manakah berjaya mengugat hati lembut seorang pemuda tahajjud malam.

p/s : mohai nasihatkan kepada semua pemuda Islam jadilah soleh dahulu sebelum mencari yang solehah. 


Friday, April 23, 2010

TDS 3 : Piala Dunia adalah agenda Zionis

            Piala Dunia 2010 akan kembali tidak lama lagi menemui jutaan peminat bola sepak di serata dunia.Penganjuran kali ini buat julung kalinya diadakan di negara yang terkenal dengan fenomena aparteid suatu ketika dahulu iaitu Afrika Selatan.Seluruh peminat bola sepak akan tertumpu di negara Nelson Mandela ini.

Selama sebulan lamanya semua dada-dada akhbar arus perdana ataupun bersifat local akan di hiasi dengan berita-berita terkini lagi sensasi sepanjang kejohanan berlangsung.Ketika inilah peminat bola sepak seperti di rasuk kerana mereka tidak akan menghiraukan perkara lain kecuali pasukan kesayangan mereka.

Inilah masa terbaik bagi Israel ataupun lebih tepat lagi gerakan Zionis akan mengambil peluang sebaik mungkin untuk mencapai impian mereka menguasai Baitulmaqdis dan Palestin seluruhnya.Umat Islam ataupun mereka yang mengaku Islam sudah tidak lagi menghiraukan saudara seaqidah mereka kerana mereka asyik dibuai mimpi indah Piala Dunia.
Pembantaian ataupun penghapusan etnik secara besar-besaran akan berlaku tanpa ada yang bersimpati.Apa yang lebih menyedihkan kita sebagai saudara seaqidah langsung tidak mempedulikan mereka.Apa yang kita tahu hanyalah favourite team kita menang dan mara ke peringkat seterusnya.

Tidak salah untuk menonton Piala Dunia tetapi jangan sampai kerana bola sepak kita sanggup membunuh saudara kita sendiri.Apakah perasaan kita jika yang dibunuh adalah ibu-ibu kita,ayah-ayah kita,saudara-saudara kita,sahabat-sahabat kita.Adakah kita akan berdiam diri.Apakah perasaan kita jika ada ahli keluarga kita dibunuh tetapi tiada seorang pun yang datang membela.

Adakah kita suka perkara tersebut berlaku kepada keluarga kita ataupun kita suka negara kita di bom sesuka hati tanpa ada pembelaan.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM
BANGUNLAH WAHAI PEMUDA ISLAM

Caknalah terhadap saudara kita di sana seperti mana kita mengambil berat ibu bapa kita di kampong.Sentiasalah mendapatkan perkembangan semasa terhadap saudara kita di sana sebelum kita membaca coretan-coretan sepanjang berlangsungnya Piala Dunia.
Banyakkan berdoa agar keselamatan saudara kita terjaga daripada kita berdoa kepada favourite team kita.

p/s : mohai nasihatkan kepada semua supaya baca Al-Quran dulu setiap pagi sebelum baca paper


Saturday, April 10, 2010

nGuMuM 2 : Untuk Anak Jati Ganu


             Memandangkan semua rakyat Terengganu sekarang ne dah maju,sukalah saya di sini untuk menggalakkan sahabat-sahabat Darul Iman untuk melayari laman web http://www.buletinonline.net/ dan http://www.tranungkite.net/ bagi mendapatkan maklumat terkini sidang DUN Terengganu yang sedang berlangsung tapi tak taw pulok habis bila.

Mungkin rasanya semua dah naik bosan dan loya perut bila baca Utusan Meloya dan ada jugak yang naik hairan bila baca Berita Hairan.Jadi rasanya tak patut kita bagi duit(beli la maknanya tu) kat orang yang tipu kita(sebab banyak berita tak betul).
Jadi anak-anak Terengganu sekalian marilah kita beralih kepada apa yang dikatakan media baru/alternative bagi mendapatkan berita yang tepat dan terkini lagi boleh dipercayai.Sebarkan jugak kepada rakan-rakan,sanak-saudara dan orang kampung ke arah melahirkan generasi ulul albab katakana.
p/s : mohai anak jati Marang,nak tunggu dan lihat apa yang di katakan Marang Maju 2015  

Thursday, April 8, 2010

Agar Bidadari Cemburu padamu


Alhamdulillah,setelah lebih kurang 3 hari aku membaca,tepat jam 4.17 petang telah ku khatam novel setebal 254 muka surat eni.Walaupun aku di sindir rakan sebilik kononnya mat jiwang kerana baca novel cinta kononnya.But,don’t judge the book by its cover.
Novel yang memaparkan gambar seorang muslimah berjilbab sedang mengangkat kedua belah tangannya memanjatkan doa kepada Rabbnya.Tajuk pun memang patut la di katakan sentimental, Agar Bidadari Cemburu padamu karya seorang penulis dari seberang.Setelah lebih kurang separuh ku baca novel eni,baru ku taw novel eni di tujukan untuk para akhwat(saudara perempuan) terutamanya kepada akhwat yang melibatkan diri mereka dalam gerakan dakwah.
Novel eni bukan seperti novel-novel terdahulu seperti AAC  yang mengisahkan cinta antara Fahri dengan Aisyah,juga bukan seperti KCB di antara Azam dengan Anna Althafunnisa,ataupun seperti Tahajud Cinta antara Fatih dengan Cik Lychen Chee.Tetapi ia mengisahkan motivasi kepada para akhwat dengan menggunakan bahasa dakwah dalam membina sosok peribadi muslimah sejati berdasarkan hadis-hadis nabi dan sirah nabawiyyah.Ia merangkumi penceritaan tentang pelbagai cerita berkenaan waktu-waktu penting dalam kehidupan seorang muslimah sama ada di waktu ingin memilih sang nakhoda sebuah bahtera rumah tangga,juga keperibadian sang isteri semasa melayari gelombang lautan pelayaran serta reaksi di saat-saat kehilangan sang peneraju kehidupan.SANGAT PENTING untuk di baca especially para akhwat yang terlibat dalam harakah islamiyyah. 
Aku petik satu kisah daripada buku ini yang mengisahkan Ummu Sulaim,Al Ghumaidha binti Milhan namanya yang menetapkan keislaman suaminya yang kafir,Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan.Diriwayatkan oleh An Nasa’i.Tetapi sudah tentu Ummu Sulaim mempunyai kualitas tersendiri untuk membolehkannya meminta mahar seperti itu.
Begitu juga kata-kata Ummu Usamah,isteri kepada sang pengunjung tetap penjara Assyahid Ustaz Hasan Al Hudaibi ketika beliau di kunjungi oleh isteri seorang Menteri Kabinet di bawah rejim Jamal ‘Abdul Nasher.
Serta ketabahan Ummu Muhammad,isteri Syaikh ‘Abdullah ‘Azzam,wanita yang mempersembahkan ketiga-tiga cintanya sekaligus kepada ALLAH dalam waktu sehari.
Dan berbagai cerita yang menunjukkan ketabahan wanita solehah dalam mentaati perintah Rabbnya.Rugi kepada para akhwat jikalau tidak membaca novel ini yang sedikit sebanyak menyelitkan tips-tips isteri yang solehah yang akan membuatkan bidadari-bidadari syurga cemburu pada entunna.  
          
p/s : mohai nak baca novel NPSP pulak lepas ne

Tuesday, April 6, 2010

Sapa la yang tak nak nikah woiiii

Selepas solat asar,seperti biasa aku duduk di bahagian belakang MKIM sambil mulut membaca al-mathurat di ikuti bacaan al-Quran.Masjid yang terletak bersebelahan bumi barakah uia pj yang boleh di katakan ramai makmunnya tetapi lebih ramai lagi yang masih solat sendirian di bilik.huuhhh,susah betul nak ajak budak ne solat berjamaah di masjid.

Dalam perjalanan pulang ke bilik,semangat aku berkobar-kobar untuk buat sedikit senaman di gym.Setelah lebih sebulan berehat panjang.Duduk kat umah,lepas subuh tidur balik,kejut je dah nak masuk zohor.Orang bujang katakan.Lepas siap-siap dengan pakaian riadah,mana kasut yang masuk dengan saiz kaki aku,aku kebas jelah.Tapi sayang seribu sayang,gym pulak tutup.Balik bilik je,terus aku katakan kat budak-budak ne.”yang jaga gym dah menyeleweng duit rakyat”

Aku pun cari apa-apa benda yang boleh di buat bersenam.Teringat la pulak kat getah biru yang HZ(bukan nama sebenar) selalu guna untuk buat six packs dia tu.Akhirnya jumpa la.Aku pun terbaring la atas peha SK(bukan nama sebenar jugak) sambil terbeliak bijik mata aku sambil duk tarik getah biru tadi tu.

Sambil aku duk tarik-menarik getah tu,aku join sekaki duk sembang-sembang dengan budak-budak ne duk bersembang tajuk yer pasal nikah kawin.Mulanya pasal AR,budak DQ yang kawin masa umur dye 20 tahun.Budak ne pulak tak puas hati pasal masa pegi kenduri umah dye ari tu duk tengok dye bermesraan dengan zaujah(isteri) dye.Makin tak sabar la budak ne nak kawin.Semalam pulak,Fat(pun bukan nama sebenar) bising-bising cOz tak puas hati tengok sOrAng bro UM duk bermesraan dengan zaujahnya.Katanya”arghhhh,aku tak puas hati betul tengok dye duk suke-suke,pegang-pegang tangan,argghhhh,”.Apa nak dengki,dye puyer zaujah,kot suka dye la nak buat apa.

Waktu duk sembang-sembang ne,budak-budak ne macam tak sabar je nak bernikah.Aku buat cool je sambil provoke sikit budak-budak ne.Budak-budak ne memang semangat dan seronok habis la duk cakap sal nikah ne.Masing-masing melontarkan idea.Lebih     hangat  daripada biasa.
 
Topik petang tu di akhiri tanpa sebarang resolusi,mungkin nak sambung petang ne pulok kot.Sape-sape nak join boleh je,free-of-charge forum katakan.Habis tu kami pun bersiap-siap tuk ke kafe,nak iftar la pulok.Sorang daripada kami,punya la kuat membaca sampai pergi kafe pun bawak buku.Kalu nak taw buku apa dye baca,tanyalah blogger mujahid sepanjang zaman.

p/s : mohai dah habis baca solusi edisi ke-17,nak baca novel KCB pulok walaupun dah tengok movie yer 7x

Wednesday, February 17, 2010

TDS 2 : Wala',taat & thiqah

Jangan robohkan doktrin wala',taat & thiqah dalam PAS : http://idrisahmad.wordpress.com/


Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini.

Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri Haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh  ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

p/s : mohai wala' kepada arahan jamaah

Monday, February 15, 2010

SEmasa 1 : eh eh,UMNO dah pandai berdemo la


          1hari 2hari ini kita di sibukkan dengan kaum UMNO yang dah pandai berdemo sekarang ini.Kalau kita pernah turun berdemo yang dianjurkan parti pembangkang,mungkin kita patut berasa bangga kerana kekuatan pendemo kita jauh lebih ramai dari pendemo-pendemo upahan ini serta lebih meriah dengan gas pemedih mata dan air pancut water cannon.

Kalau setakat yang hadir 2-3 kerat,rasanya lebih baik golongan ini create group dalam facebook,rasanya lebih ramai facebooker yang sokong daripada yang turun berdemo.Itupun kalau ada yang nak sokong la…  

Mungkin selepas ini mereka akan turun berdemo lagi tentang isu pembatalan Perarakan Maulidur Rasul akibat kekeliruan mereka( yang memang senantiasa keliru) tentang isu ini.Walaupun sudah di jelaskan,namun mereka masih tak paham-paham.Mungkin mereka rasa tercabar dengan kekuatan pendemo PR. Khairy Jamaludin hari ini mungkin senyum seorang diri apabila melihat ramai 'beruk' dalam Umno. Istilah yang diberi kepada peserta demonstrasi 'BERSIH' Pakatan Rakyat sebelum ini.

Sepatutnya mereka mementingkan pengamalan sunnah Rasulullah SAW daripada perarakan tersebut.Buat apa berarak jikalau ramai yang tak solat dek kerana keletihan berarak.Ataupun turun berdemo bila ada pihak yang menghina sunnah Rasulullah SAW !!! Itu lebih baik.. InsyaALLAH mungkin beberapa hari lagi kita akan tabalkan mereka jadi JUARA DEMO TAK TENTU ARAH.


p/s : mohai strongly supports kempen anti-zina,arak & pergaulan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat



Saturday, February 6, 2010

TDS 1 :Tanpa ku sedari !!!


Alhamdulillah,entum sekalian bertuah kerana berpeluang untuk membaca post pertama saya.Kali ini saya ingin mengupas tentang perancangan halus pihak tertentu dalam memecah-belahkan penyokong serta pendokong  Gerakan Islam.Seperti yang kita sedia maklum,ahli Gerakan Islam adalah individu Muslim yang suka mencari ilmu agama dalam memantapkan pengetahuan tentang Islam itu sendiri.Malangnya,tanpa kita sedari keghairahan ahli dalam mencari ilmu telah di ambil kesempatan oleh pihak tadi dengan membuatkan ahli tadi menjadi taksub kepada gurunya.
               Ahli Gerakan Islam di tarbiyyah menjadi para daie yang mempunyai aqidah perjuangan yang sederhana,tidak terlalu ekstrem dan sebaliknya.Kita tidak mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan kita seperti golongan tertentu yang sanggup menkafirkan sesiapa saja yang bertentangan dengan mereka hatta ulama mutakhirin sekalipun dikafirkan jika tidak sehaluan dengan mereka.
               Golongan lain pula adalah golongan yang menimbulkan kembali isu salafi-khalafi.Isu ini sebenarnya telah lama para ulama terdahulu selesaikan malangnya di timbulkan demi memecah-belahkan umat Islam.Watak utamanya telah meninggal namun pengikut-pengikutnya yang ramai itulah yang kembali memainkan isu ini.Beberapa program telah diadakan dan mendapat tajaan yang begitu hebat daripada musuh-musuh Islam yang sebenarnya terdiri daripada orang Islam sendiri.
               Seterusnya golongan yang mendasari kecintaan kepada Rasulullah SAW.Golongan ini terlalu menumpu kepada proses membersihkan diri sehingga mengabaikan amal-amal Islami itu sendiri.Kita semua mencintai Baginda SAW.Namun kecintaan kita itu tidak menyebabkan kita meninggalkan medan dakwah dan siasah.
               Sebagai renungan kita bersama wahai pendokong-pendokong risalah perjuangan Baginda SAW,marilah kita sama-sama renungi surat yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak meneggur Fudhail bin Iyadh, Imam dua tanah haram :

  
ياعابد الحرمين لو ابصرت                                            
 

لطمت انك باالعبادة تلعب



من كان بخضب خده بدموعه 
                                                                                                                                                                       
فنحورنا بنما منا تتخص



او كان بتعب خيله في باظل
  
                                                                                      
       فخيىولن يوم الصبيحة



ريح العبيرلكم ونحن عببيرنا

  
رهج المنابك والنجار الأط


“Wahai saudaraku yang sedang beribadat di tanah suci,

kalau saudara melihat kami,saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadat,

siapa  yang pipinya berlumuran air mata maka leher kami berlumuran darah,

kalau kudamu penat di dalam kebatilan,maka kuda kami penat di medan perang.”



Monday, February 1, 2010

nGuMuM 1 : Perasmian Blog

Dengan lafaz


بسم الله الرحمن الرحيم


bertarikh 01/02/2010 bertepatan dengan jam 1624,


saya dengan eni merasmikan blog pertama diriku,


blog eni di wujudkan untuk saya melahirkan idea,pandangan,kritikan,analisis dan sebagainya yang berasaskan dari sudut pandangan dan pemikiran saya sendiri
berkaitan isu-isu semasa dalam dan luar negara,kepimpinan negara, alam universiti,masalah ekonomi,hal ehwal rakyat,politik tanah air serta perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia mahasiswa


demi mengembalikan peranan mahasiswa sebagai mata,telinga dan mulut rakyat
juga sebagai pelapis saff kepimpinan negara suatu hari nanti,InsyaALLAH,


sebarang pandangan,komen atau kritikan daripada pembaca amatlah di alu-alukan
sebagai langkah untuk kita menjana daya pemikiran kita sebagai seorang mahasiswa yang bukan setakat mengancam dari aspek daya intelektual malahan dari segi kelantangan bersuara dan melemparkan idea-idea yang bernas
ke arah menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah.